Saturday, May 12, 2007

Air Terjun Sungai Rambai


Lokasi :
Terletak di Kompartmen 37 dan 38 Hutan Simpan Bukit Perak, 10 km dari Pekan Pendang atau 30 km dari Alor Star. Boleh dilawati melalui jalan raya berdekatan Felda Sungai Tiang. Jalan Raya Tulang Belakang Kedah (Kedah back bone) yang bermula dari Durian Burung, Kuala Nerang hingga ke Padang Serai di Selatan Kedah melalui tempat perkelahan ini iaitu berdekatan Felda Sungai Tiang .

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 100-200 m dari aras laut
Ciri-ciri istimewa:
Terdapat 3 peringkat air terjun dengan batu batan dan airnya yang sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung akan melalui sawah padi dan perkampungan tradisonal masyarakat Siam.
Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui
Terdapat denai hutan sepanjang 3 km yang mengelilingi hutan lipur ini.
Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah seperti perkelahan berkeluarga, mandi manda, beristirehat dan summer camp.
Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.
Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota), meranti tembaga, meranti seraya dan palma.

Kampung Berdekatan
Kampung berdekatan dengan air terjun ini :

Felda Sungai Tiang
Kampung Titi Akar


Kilang Air Mineral
Dikampung Titi Akar beroperasi sebuah kilang memproses dan membotolkan air mineral dari bawah tanah.
Eau Claire Mineral Water Sdn Bhd